Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Perlu Dikenakan Tindakan Tegas

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz akan mencadangkan pada mesyuarat MT yang akan datang untuk menggantung tugas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana didakwa melemahkan Presiden.

Nazri berkata,Muhyiddin perlu dikenakan tindakan tegas kerana melakukan serangan berterusan kepada presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Beliau perlu ingat bahawa dia bukannya seorang ahli biasa. Beliau adalah timbalan presiden parti.

“Menurut perlembagaan parti, dia sepatutnya membantu presiden. Bagaimanapun saya fikir dia sudah melampau,”katanya, memetik laporan The Star Online.

Tambah Nazri lagi, tindakan Muhyiddin yang melakukan kritikan secara terbuka perlu dikenakan tindakan keras.

Berikutan itu, beliau menggesa agar bekas Timbalan Perdana Menteri itu melepaskan jawatan di dalam parti sekiranya tidak lagi mampu bekerja sebagai satu pasukan.

“Jika dia menyangka dirinya melakukan perkara yang betul, dia hanya perlu meninggalkan parti dan berjuang secara terbuka.

“Saya rasa tindakan beliau telah melampaui apa yang dianggap munasabah,”tegasnya.

Terdahulu, Muhyiddin telah berulang kali dengan lantang mengkritik Najib berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada awal tahun ini.

Selain itu, Muhyiddin juga turut memberi satu ucapan kepada orang ramai di dalam satu perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman sehari sebelum Perhimpunan Agung UMNO.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");