Panasnya Hari Ini

Gerakan Jatuhkan PM, Bermotifkan Kepentingan Peribadi- MyPPP

KUALA LUMPUR: Presiden MyPPP, Tan Sri Dr M Kayveas menyifatkan cubaan menukar atau menjatuhkan pemimpin negara hanya dengan mengumpul tandatangan sekumpulan individu dan kemudian mendakwa ia mewakili hasrat rakyat, adalah tindakan tidak wajar.

Ujarnya lagi tindakan itu juga adalah menyimpang daripada sistem demokrasi.

Tambahnya, tindakan berkenaan lebih bermotifkan kepentingan peribadi dan bukan hasrat majoriti rakyat.

“Kalau mahu tukar tampuk pentadbiran, perlu patuh proses tertentu kerana negara kita amalkan sistem demokrasi. Ia memerlukan undi rakyat untuk menentukan siapa pemimpin melalui pilihan raya.

“Tindakan mengumpul tandatangan dalam satu deklarasi, tidak berprinsipkan rakyat.

“Saya anggap ia deklarasi Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) kerana dia sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR selepas tidak mendapat sokongan parti asalnya, UMNO,” katanya memetik sumber Berita harian.

MyPPP juga tegasnya sebulat suara menyokong tanpa berbelah bahagi kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");