Panasnya Hari Ini

PKR Sedia Bekerjasama Dengan Ikatan- Azmin Ali

KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa parti PKR sudi untuk menjalin kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sekiranya parti itu bersedia menerima agenda reformasi untuk membawa perubahan dalam sistem kenegaraan.

Ujarnya, pendirian PKR adalah jelas untuk menjalin kerjasama dengan parti politik termasuk Ikatan dan mana-mana individu yang bersedia membawa perubahan bersama demi kepentingan menyelamatkan ekonomi negara.

“Oleh sebab itu, baru-baru ini kita menandatangani deklarasi rakyat yang bukan saja melibatkan parti politik dalam Pakatan Harapan, tapi juga melibatkan individu dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkomitmen dalam agenda perubahan negara,” katanya memetik sumber Sinar harian.

Beliau turut menegaskan bahawa parti itu tetap komited meneruskan dan mengekalkan tahaluf siyasi seperti sebelum ini dengan Pas dalam hubungan politik.

Mengulas mengenai kemungkinan berlakunya perebutan kerusi pada PRU14 jika kerjasama antara PKR dengan Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Rakyat (Amanah) serta blok ketiga pembangkang itu, jelas Azmin ia belum diputuskan lagi.

“Jauh lagi nak pilihan raya..nantilah kita bincang kemudian,” katanya ringkas.

Terdahulu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataannya tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan kerjasama politik dengan blok pembangkang ketiga itu jika hala tuju politik bagi semua pihak dapat dipersetujui bersama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");