Panasnya Hari Ini

“Islam Ajar Untuk Berkata Benar Di Depan Pemimpin Zalim”- Mat Sabu

KUALA LUMPUR:Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menegaskan bahwa beliau sanggup mengenepikan peristiwa dan dendam silam demi menyelamatkan Malaysia.

Ujarnya, biarpun pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika di bawah pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau masih boleh berada satu pentas dengan bekas perdana menteri itu.

“Kita datang bukan kerana dendam peribadi memandangkan Islam juga mengajar kita untuk berkatalah benar di depan pemimpin zalim, bukan pemimpin pencen yang zalim.

“Kalau kita berani kritik orang yang dah pencen, itu bukan jantan namanya,” katanya ketika berucap di Kongres Rakyat 2016 Ahad, memetik sumber Astro Awani.

Beliau dalam ucapannya juga turut memberi contoh mengenai sejarah Islam di mana Imam Syafie, Imam Abu Malik dan Abu Hanifah yang dipenjarakan kerana mengkritik pemimpin yang menyeleweng di zaman mereka tetapi bukan mengkritik Abu Lahab dan Abu Jahal yang telah lama pergi.

Terdahulu, Kongres Rakyat 2016 yang diadakan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dihadiri kira-kira 2,000 peserta.

Memetik laporan lebih 20 pemimpin pelbagai parti hadir untuk menyatakan sokongan mereka kepada Deklarasi Rakyat yang dilancarkan 4 Mac lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");