Perak Hari Ini

People’s Park Bakal Terima Kunjungan Ramai

IPOH : Kawasan sekitar People’s Park terutamanya di lorong belakang Jalan Bijih Timah dijangka akan menerima kunjungan ramai apabila projek 3D Installation Art siap kelak.

Projek di bawah Local Agenda 21 (Pelan Tindakan Kerja Pembangunan Lestari dan Selamat), Pelancongan dan NBOS tersebut bernilai RM45,000.

Projek itu dijalankan secara kerjasama antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), UiTM Cawangan Perak, Tourism Perak Management Berhad dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC).

IMG-20160412-WA0006

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, People’s Park dipilih sebagai lokasi program kerana ianya terletak bersebelahan dengan jalan utama di Persisiran Sungai Kinta.

“Justeru itu, program ini dilihat selaras dengan Projek Kinta River Walk yang merupakan satu pembangunan baru dalam usaha menghidupkan semula Sungai Kinta dan People’s Park oleh MBI.

“Selain daripada itu, ia juga dapat memberi nilai tambah kepada persekitaran, komuniti dan ekonomi setempat,”ujarnya dalam satu kenyataan.

IMG-20160412-WA0006

Ujarnya lagi, perancangan projek yang bermula dengan Mesyuarat Induk LA21 pada 19 Januari 2016 ini dijangka siap sepenuhnya pada 30 April 2016.

“Dengan siapnya projek ini, saya yakin People’s Park akan menjadi tumpuan ramai disamping akan mewujudkan keceriaan kepada para pengunjung,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");