Kerajaan negeri sedang merangka perancangan untuk membuka sebuah Akademi Bola Sepak tahun ini dalam usaha untuk membangunkan arena sukan itu di Perak.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberitahu, perancangan bagi pembangunan sukan terbabit akan dilakukan bagi mencungkil bakat-bakat baru di setiap pelosok negeri itu.
“Ia adalah perancangan kita untuk masa akan datang dimana kita nak mencari dan mencungkil bakat baru yang selama ini terpendam di merata tempat.
“Jadi kita harap dengan adanya pendekatan ini Perak akan sentiasa melahirkan bakat baru yang menepati tahap kualiti pemain Bola Sepak bukan sahaja untuk mewakili negeri Perak tetapi seluruh negara.
“Pihak Majlis Sukan-Sukan Negeri (MSSN) telah kelola dan merancang pendekatan bagaimana nak kembalikan kegemilangan sukan kita seperti satu ketika dahulu dimana Perak sentiasa dalam kategori pasukan terbaik.
Tambah Zambry lagi, dalam usaha merealisasikan pembukaan akademi itu nanti, kerajaan negeri telah pun mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat tajaan dimana salah satu daripadanya adalah syarikat perlombongan biji besi Vale Manufacturing Sdn Bhd (VALE Malaysia).
Katanya, syarikat perlombongan kedua terbesar di Asia itu setakat ini telah pun menyatakan persetujuan untuk menaja projek pembangunan Bola Sepak di Perak.
“Hasil perbincangan dengan pihak Vale… mereka telah memberi lampu hijau untuk kita lakukan initiatif membangunkan sukan Bola Sepak, perlu kita ingat usaha ini bukanlah untuk mencari pemain atau bakat baru semata-mata sebaliknya ia menjurus kepada pembangunan sukan itu sendiri.
Zambry yang juga peminat No 1 pasukan bola sepak negeri mengharapkan dengan wujudnya akademi itu nanti ia bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi pemain malah dapat memberi semangat baru kepada penyokong dan penonton perlawanan sukan terbabit.
Malah jelas beliau, sokongan yang ditunjukkan penyokong pada setiap perlawanan merupakan penyuntik semangat juang umtuk terus merebut kemenangan dikalangan pemain.
“Kalau tidak ada penyokong maka pemain akan rasa tidak bersemangat untuk memenangi sesuatu perlawanan sebaliknya jika ada peminat yang setia memberi sokongan padu maka kita boleh lihat mereka akan bermain walaupun dalam keadaan yang cukup tertekan atau terpaksa berentap dengan pasukan yang lebih hebat… kemenangan pasti akan menjadi milik pasukan kita,” katanya selepas menghadiri Majlis Memperkenalkan Barisan Pemain Bola Sepak Perak 2012, pagi tadi.
Turut hadir ke majlis itu, Exco Belia dan Sukan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.
Berikut adalah senarai pemain dan pihak pengurusan Skuad Seladang bagi tahun 2012:
Khairul Azwan Harun Pengurus
Ahmad Shahrul Azhar Sofian Penolong Pengurus
Joharudin Johar Ali Penolong Pengurus
Norizan Bakar Ketua Jurulatih
Chong Yee Fatt Penolong Jurulatih
Abdul Talib Saidi Jurulatih Penjaga Gol
Nor Ikhmar Madarsa Jurulatih Fizikal
(1) Khairul Amri Salehuddin Penjaga Gol
(21) Kamarul Effendi Abdul Rahim Penjaga Gol
(23) Mohd Nasril Mat Nourdin Penjaga Gol
(19) Mohd Noor Hazrul Mohd Mustafa Pertahanan
(20) Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha’ari Pertahanan
(3) Mohd Khairi Zainuddin Pertahanan
(11) Mohd Badrul Azam Mohd Zamri Pertahanan
(6) Mohd Syazwan Roslan Pertahanan
(5) Mohamad Shahrom Abd Kalam Pertahanan
(2) Chan Wing Hoong Pertahanan
(17) K.Nanthakumar Tengah
(25) Michal Kubala Tengah
(8) Syahrul Nizam Mustafa Tengah
(7) Fakhrul Razi Kamaruddin Tengah
(10) Muhammad Nazri Mohd Kamal Tengah
(16) Fahrul Hazli Mohd Kodri Tengah
(15) Mohd Khalis Ibrahim Tengah
(13) Wan Hossen Wan Abd Ghani Tengah
(22) Isma Alif Mohd Salim Tengah
(20) Muhammad Rafiuddin Roddin Tengah
(18) Muhammad Shafiq Jamal Penyerang
(12) Mohd Failee Mohd Ghazali Penyerang
(9) Lazar Popovic Penyerang
(14) Akmal Rizal Ahmad Rakhli Penyerang