Berita Hari Ini

Institusi Yang di-Pertuan Agong bawa kestabilan – Najib

KUALA LUMPUR: Sumbangan terbesar kewujudan institusi Yang di-Pertuan Agong ialah peranannya dalam memastikan kestabilan politik negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menegaskan bahawa kerukunan dan keharmonian itulah yang telah memungkinkan berlakunya transformasi Malaysia selama ini.

“Lantaran itu pada hemah kerajaan, institusi ini perlu dipertahan semua pihak sampai bila-bila kerana ia adalah milik semua tanpa kecuali,” katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapan perpisahan pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, malam tadi.

Beliau menarik perhatian bahawa institusi itu memayungi bukan sahaja orang-orang Melayu Islam dan bumiputera, malah merangkumi secara inklusif lindungannya ke atas hak dan kepentingan yang sah kaum serta agama lain. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");