Panasnya Hari Ini

Diskaun Tol 10 Peratus Bagi Lebuhraya KL-Karak, LPT1 Sempena Krismas

KUALA LUMPUR: Anih Berhad, konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 akan memberikan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada pengguna yang membuat bayaran secara elektronik di kedua-dua lebuh raya itu sempena sambutan Hari Natal.

Pengarah Anih Berhad Datuk Nik Fauzi Nik Hussein memaklumkan diskaun itu akan ditawarkan 24 jam bermula 12.01 pagi Ahad (25 Dis) ini menerusi satu kenyataan media.

Ujarnya diskaun tersebut diberikan supaya pengguna dapat menikmati nilai tambahan dengan bayaran tol yang lebih rendah pada musim perayaan.

Pengguna juga dinasihatkan merujuk jadual cadangan waktu perjalanan yang dipaparkan di laman web www.anihberhad.com, laman twitter @LPPTrafik atau Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk perjalanan yang lebih selesa, katanya dalam kenyataan semalam.

“Pengenalan jadual TTA sempena Hari Natal pula bertujuan untuk membantu menyuraikan aliran trafik ke waktu luar puncak, sekali gus membantu pengguna yang ingin ke pantai timur untuk menikmati perjalanan yang selesa,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");