Jenayah

Dua kru kapal asing cedera diselamat

JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan pelayaran ihsan untuk menyelamatkan dua anak kapal dagang asing yang cedera di perairan Tanjung Penawar, Kota Tinggi, dekat sini, petang semalam.

Pengarah Maritim Daerah Tanjung Sedili Kapten Maritim Amran Daud berkata dua kru itu yang merupakan lelaki warga Filipina dikenali sebagai Jomar B Dapilaga dan Carl Lan Bachinilla, kedua-duanya berusia 26 tahun.

Kedua-duanya, masing-masing cedera di bahu dan kaki ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dalam kapal MT MIA-S yang sedang berlayar dari Thailand ke Singapura.

Menurut Amran, selepas panggilan kecemasan diterima pada 3.40 petang, dua bot ronda APMM ditugaskan ke tempat kejadian bagi memindahkan kedua-dua mangsa yang ketika itu berada pada kedudukan 1.2 batu nautika selatan Tanjung Setapa.

“Bot tiba di Jeti Marina Tanjung Pengelih pada 9.45 malam dan mangsa kemudiannya dibawa pihak ambulans Klinik Pengerang ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan selanjutnya,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");