Berita Hari Ini

Guna Campuran Bitumen, Getah Untuk Bina Jalan

KUALA LUMPUR:Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong mengumumkan bahwa campuran bitumen dan getah akan mula digunakan dalam pembinaan jalan raya di negara ini dalam masa terdekat.

Memetik sumber Berita Harian, ujarnya,rancangan itu sudah mendapat kelulusan Kabinet selepas dibincangkan Rabu lalu.

Tambahnya inisiatif itu adalah untuk menstabilkan harga getah dan mengurangkan impak kejatuhan harga ke atas pendapatan hampir 440,000 orang pekebun kecil getah di Malaysia.

“Walaupun pelaburan awal tinggi iaitu kira-kira 16 peratus lebih mahal daripada penggunaan bahan tar jalan sedia ada, kos penyelenggaraan adalah rendah untuk jangka panjang.

“Setakat ini, kerajaan belum menetapkan lokasi (pembinaan jalan). Namun, kita akan laksanakan inisiatif itu dalam beberapa bulan lagi.

“Yang lebih penting kita tahu ia akan membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran GERAKAN di Menara PGRM di Cheras, pada Sabtu.

Malah tambah Siew Keong, kerajaan juga akan membuka pejabat wilayah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Tehran, Iran dan Institut Penyelidikan dan Teknikal Minyak Sawit di Mumbai, India pada tahun ini.

Langkah itu bagi membolehkan kementerian memaklumkan kepada wakil di dua negara itu mengenai manfaat dan nilai penggunaan minyak sawit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");