Sukan Hari Ini

Leicester Pecat Ranieri

LEICESTER City pada Khamis mengambil keputusan memecat pengurus Itali, Claudio Ranieri iaitu selepas sembilan bulan dia memimpin pasukan itu menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun menurut kenyataan Leicester City, keputusan itu terpaksa diambil setelah mengambil kira masa depan pasukan yang kini berada hanya satu mata di atas zon penyingkiran selepas 25 perlawanan.

Leicester juga belum menjaringkan gol dalam enam perlawanan liga tahun ini.

Namun, Leicester masih beraksi dalam Liga Juara-Juara dan tewas 2-1 kepada Sevilla pada perlawanan pertama pusingan 16 terakhir, kelmarin.

Ranieri tertekan dalam beberapa minggu ini dan turut dikatakan bertelagah dengan beberapa pemainnya memetik laporan Mstar online.

Penolong pengurus, Craig Shakespeare dan jurulatih pasukan utama, Mike Stowell akan mengambil alih tugas Ranieri buat sementara waktu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");