Perak Hari Ini

Ipoh Car Free Day Meriah

IPOH : Dianggarkan lebih 8,000 warga Ipoh menyertai Ipoh Car Free Day yang bertemakan ‘Fikir Sebelum Buang’ di Jalan Raja Dihilir, di sini, hari ini.

Selain orang ramai, pelbagai agensi kerajaan dan swasta turut mengambil bahagian dalam program bulanan yang dianjurkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, menerusi program yang dianjurkan ini, ianya dapat memeriahkan lagi sambutan Tahun Melawat Perak 2017.

“Program ini diharap akan menjadikan Ipoh sebagai sebuah bandar rendah karbon serta menarik kehadiran warga kota untuk bersantai pada hujung minggu,”katanya menerusi satu kenyataan.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena Ipoh Car Free Day seperti senamrobik, soccer kids, pemeriksaan kesihatan, guntingan rambut dan sebagainya.

Ipoh Car Free Day diadakan setiap Ahad minggu ketiga setiap bulan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");