Membawang Hari Ini

Kisah Cinta Lama Jadi Ilham Cipta Lagu

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Siti Nordiana, 32, menjadikan kisah cintanya suatu masa lalu sebagai inspirasi bagi penghasilan single terbaharunya, Terus Mencintai.

Bagaimanapun, beliau yang lebih mesra disapa Nana itu enggan berkongsi lebih lanjut mengenai percintaan berkenaan, selain mengatakan ia lebih bersifat rawak.

Lagu berentak pop balada itu ialah hasil ciptaannya yang ketiga selepas Seribu Janji dan Serikan Wajahmu.

“Kiranya, lagu Terus Mencintai ini ialah percubaan ketiga saya dalam bidang ciptaan. Saya merakamkannya pada bulan lalu dan bakal dilancarkan pada sebuah majlis, 22 Mac ini.

“Ia diinspirasikan daripada kisah cinta saya suatu masa lalu. Dengan siapa saya bercinta, tidak perlulah didedahkan,” katanya memetik sumber BH Online.

Terdahulu pada tahun lalu, Nana pernah mempertaruhkan lagu Pesanan Teragung, namun single berkenaan tidak meninggalkan impak besar terhadap kerjaya nyanyiannya.

Menurut Nana, Terus Mencintai sebenarnya sudah diperam selama setahun berikutan kesibukannya dengan pelbagai aktiviti seni.

“Dek kesibukan kerja seni saya, rakaman lagu terbabit asyik tertangguh saja. Kalau ada idea, saya akan terus merakamkannya dalam telefon bimbit. Alhamdulillah, lagu itu menjadi juga akhirnya,” kata pelakon utama Dia Semanis Honey itu.

Penggambaran video muzik lagu terbabit juga sudah pun dilakukan baru-baru ini, dengan menampilkan rakan gandingannya dalam drama popular berkenaan, Alif Satar.

Sementara itu, ditanya kembali mengenai ura-ura beliau bakal berduet dengan Ezad Lazim, Nana memberitahu, projek itu mungkin takkan menjadi nyata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");