Perak Hari Ini

“Debat Hobi Saya, Tetap Akan Hormati Tun M”- Nazri Aziz

KAMPAR: Perdebatan bukannya perkara baharu tetapi ia merupakan hobi kegemaran saya, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Malah jelas Nazri, beliau mempunyai pelbagai pengalaman berbahas yang melibatkan dirinya dengan pihak pembangkang sejak tahun 2001 lagi.

“Mereka pasti tidak tahu tentang sejarah tanpa memahami apa yang berlaku kerana pada tahun 2001 saya selaku menteri telah berbahas dengan Bekas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Saya juga telah berbahas dengan pemimpin DAP dalam isu ISA.

“Semasa itu saya seorang berbahas dengan Lim Kit Siang, Mendiang Karpal Singh dan Ambiga di Chinese assembly house,” katanya.

Tambahnya lagi, tidak perlu menimbulkan sebarang isu bahawa dirinya takut untuk berhadapan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 25 Mac ini.

” Saya akan datang.. ini kawasan saya,” katanya ringkas.

Malah sangkalnya,tiada sebarang tindakan pelanggaran disiplin parti berhubung tindakannya hadir ke sesi perdebatan itu.

“Mengadakan perbahasan tidak melanggar disiplin parti UMNO dan saya baru sahaja menghadiri mesyuarat jemaah menteri malah perkara ini langsung tidak dibincangkan oleh para menteri kerana tidak menjadi kesalahan,” katanya mengulas dakwaan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berhubung perdebatan itu.

Nazri tururt mengakui bahawa beliau menghormati Tun Dr Mahathir selaku bekas ‘bosnya’ satu ketika dahulu.

“Saya menjawab tuduhan yang dibuat dan ia bukan tindakan kurang ajar kerana Tun Mahathir memilih menjadi pembangkang dan melontarkan tuduhan kepada kerajaan.

“Saya pula sebahagian daripada kerajaan kini dan bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan dan apa-apa yang dikatakan oleh saya secara kasar ia adalah respon kepada soalan yang kasar oleh Tun Mahathir jadi tiada kaitan dengan hormat saya kepadanya,” katanya.

Malah jelasnya Tun Mahathir lebih berusia daripadanya dan beliau tetap akan memberikan penghormatan sewajarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");