Perak Hari Ini

Tuduhan Pada MB Inc Tak Benar!

IPOH:Kerajaan negeri menyelar tindakan pihak pembangkang yang melemparkan tuduhan mengenai Perbadanan Menteri Besar (PMB) atau Menteri Besar Incorporated (MB Inc.).

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor,Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid menyifatkan tuduhan itu sebagai sesuatu yang tidak berasas dan tidak benar.

Katanya, pihak PMB membentangkan intipati laporan kewangannya yang jelas menunjukkan bahawa PBM diuruskan secara berhemah dan telah membawa satu perubahan yang positif terhadap industri mineral.

Malah jelasnya PMB turut menyumbang kepada rakyat melalui program-program tanggungjawab sosial (CSR) dan ia tidak sepatutnya diekploistasi oleh pihak pembangkang melainkan mereka mempunyai maksud tersirat demi kepentingan politik.

“PMB katanya bukanlah syarikat pengusaha perlombongan mahupun pemaju projek pembangunan dan PMB tidak bersaing secara langsung dengan pemain-pemain industri sebaliknya bertindak sebagai pemangkin dan fasilitator.

“PMB hanya bertindak sebagai pemegang kepentingan minoriti sebagai rakan kongsi strategik bersama sektor swasta melalui syarikat usahasama yang ditubuhkan.

“Ia ditubuhkan pada tahun 1951 dan telah diaktifkan semula pada 2012 tanpa diberi sebarang suntikan modal oleh kerajaan negeri iaitu berfokuskan penstrukturan semula sektor mineral yang pernah menjadi penyumbang utama hasil negeri,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beliau turut mengulas mengenai tuduhan bahawa PMB tidak diaudit, tiada penyata kewangan yang tidak dibentangkan di dalam dewan dan tiada amalan tender terbuka dalam pembangunan projek PMB yang turut dijadikan isu oleh pihak pembangkang pada sesi persidangan DUN kali ini.

“Akaun PMB dan anak syarikatnya telah diaudit oleh Juruaudit Bertauliah dan anak-anak syarikat PMB yang dijalankan operasi yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat dan diaudit oleh Juruaudit Bertauliah setiap tahun dari mula beroperasi,” katanya.

Malah tegasnya mengikut Enakmen Menteri Besar Incorporated, tidak ada keperluan dan kewajipan PMB untuk membentangkan laporan audit kepada dewan sepertimana CM Inc Pulau Pinang dan MB Inc negeri lain.

“Bagi menguruskan organisasi dan aset PMB dengan berkesan, PMB juga menguna pakai “Corporate Governance” atau Amalan Tadbir Urus yang baik dengan mewujudkan Lembaga Pengurusan PMB sebagai pematuhan peringkat tertinggi yang dipengerusikan Menteri Besar dan penjawat kanan kerajaan sebagai pembuat keputusan peringkat atasan.

“Amalan pengurusan (GMC dan Jawatankuasa-jawatankuasa Kumpulan Pengurusan (GMC) dan Jawatankuasa-jawatankuasa lain selain pengurusan di peringkat anak syarikat

Bagi tuduhan tiada tender yang dibuka pula tegasnya, segala perolehan PMB dikawal selia mengikut SOP dan sistem tender terhad dan panel yang dipercayai lebih berkesan dan proses membuat keputusan yang lebih cepat iaitu menggunakan “Matrix Evaluation”.

“PMB hanya bertindak sebagai pemilik tanah, jadi isu ketelusan tidak berlaku,” katanya.

PMB terdahulu menerusi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), Datuk Aminudin Hashim turut membentangkan kejayaannya melibatkan pengeluaran RM2.417 juta tan metrik pasir yang menyumbang pendapatan kerajaan negeri dalam bentuk royalti sebanyak RM7.25 juta menerusi pengeluaran pasir silika di tapak Biovalley yang telah diserahkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kampar pada 9 Mac lalu.

Malah PMB yang aktif selama 5 tahun ini telah menyumbang sebanyak RM53.7 juta iaitu melibatkan RM4.5 juta menerusi sumbangan khidmat masyarakat dan zakat kepada kerajaan Negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");