Perak Hari Ini

Pembangkang Hanya Tahu Perlekehkan Negeri Perak-MB Perak

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan sikap pembangkang yang sering mempersoalkan dan memperlekehkan keupayaan kepimpinan di Perak dikhuatiri hanya akan menjejaskan persepsi pihak luar kepada negeri ini.

Katanya, pihak pembangkang sering mempersoalkan pelbagai isu berulang-berulang terutamanya berkaitan Perbadanan Menteri Besar (PMB) atau Menteri Besar Corporated (MB Inc.).

“Tindakan pengulangan isu-isu tersebut seolah-olah negeri ini merupakan negeri kedua termiskin dan ia menimbulkan satu persepsi yang sangat buruk kepada orang luar

“Mereka juga mempersoalkan mengenai pelaburan dan mempersoalkan keupayaan negeri ini sekaligus turut memberikan kesan yang tidak baik,” katanya pada satu sidang media sejurus tamat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Tambahnya lagi kerajaan negeri terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan baru bukannya hanya terus dikritik dan terus-terusan diulang.

“Saban tahun saya menjawab mengenai MB Inc, kemiskinan dan pembangkang hanya tertumpu kepada isu itu sahaja dan ia hanya strategi propaganda politik semata.

“Pihak kerajaan pula tidak diberikan ruang bagi membalas tomahan tersebut,” katanya.

Terdahulu Zambry turut mengakui sesi perbahasan kali ini telah berjalan dengan baik dan lancar walaupun terdapat beberapa isu yang dipersoalkan.

Malah jelasnya, kerajaan negeri tetap bertekad untuk meneruskan agenda memajukan negeri ini termasuk juga yang berkaitan dengan pendapatan negeri supaya terus berkembang dengan baik pada masa hadapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");