Berita Hari Ini

Rusia Diharamkan Dari Sukan Olimpik 2018

RUSIA diharamkan daripada menyertai temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Korea Selatan kerana memanipulasi doping secara sistematik.

Bagaimanapun, atlet Rusia yang disahkan bebas dari penggunaan dadah yang meningkatkan prestasi ‘dijemput’ menyertai acara temasya.

Menurut laporan CNN, perkara tersebut diumumkan oleh Jawatankuasa Olimpik (IOC) semalam.

Hukuman oleh IOC tersebut dilaporkan hukuman paling berat pernah dikenakan kepada negara yang menyertai temasya Olimpik.

Selain itu, Jawatankuasa Olimpik Rusia diperintahkan supaya membayar kos penyiasatan skandal doping berkenaan iaitu AS$15 juta (RM61 juta).

Tak cukup dengan itu, Timbalan Perdana Menteri Rusia Vitaly Mutko diharamkan dari menghadiri mana-mana Sukan Olimpik pada masa hadapan.

Bekas penolong Vitaly, Yuri Nagornkyh juga dikenakan larangan sama.

IOC menganggap skandal manipulasi doping oleh Rusia sebagai ‘serangan terhadap integriti Sukan Olimpik dan sukan secara amnya’.

“IOC telah mengenakan beberapa sekatan sesuai kepada aktiviti manipulasi doping dan melindungi atlet yang tidak menggunakan dadah. (Sekatan) ini akan melakar satu garisan dan boleh menjadi pemangkin untuk sistem anti-doping yang lebih efektif hasil dari Agensi Anti-Doping Sedunia,” kata Presiden IOC, Thomas Bach.

Thomas merupakan sahabat Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");