Sukan Hari Ini

Semua Sut Pelumba Wajib Ada ‘Airbag’?

SEBAGAI langkah keselamatan tambahan, Perseketuan Motosikal Antarabangsa (FIM) menysaratkan setiap pasukan yang akan bertanding pada kejohanan MotoGP bagi musim 2018 harus menyediakan sut dilengkapi sistem beg udara kepada semua ‘rider’.

Menurut Malaysian Digest, FIM mewajibkan semua penunggang untuk semua kelas – Moto3, Moto2 dan MotoGP – perlu mengenakan sut dilengkapi sistem keselamatan tersebut termasuk pelumba ‘wildcard’ yang berlumba lebih daripada 2 pusingan.

Memetik portal sukan perlumbaan permotoran, MotorTv.my, sistem beg udara tersebut haruslah dikenakan pada sut pelumba sahaja, bukannya dibahagian jentera.

Ianya juga mestilah berfungsi pada setiap pusingan perlumbaan.

Perlindungan pula sekurang-kurangnya meliputi bahagian tulang selangka dan bahagian bahu, tetapi pihak pasukan boleh menambah perlindungan tambahan dibahagian dada dan belakang pelumba sekiranya mereka mahu.

Lapor MotorTv.my, setiap sistem beg udara wajib lulus ujian penilaian bagi memastikan ianya mengikut garisan panduan kelulusan yang dibenarkan.

Ujian tersebut untuk memastikan beg udara hanya berfungsi ketika berlaku perlanggaran atau kemalangan demi mengelakkan beg udara yang tidak sengaja terkeluar (malfunction) ketika berlumba.

Sistem keselamatan tambahan ini merupakan naik taraf sistem keselamatan tambahan kepada pelumba berikutan ada pelumba yang cedera parah apabila terlibat dalam kemalangan.

Terdapat juga kemalangan maut sepertimana terjadi kepada pelumba MotoGP dari pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli di Litar Antarabangsa Sepang pada tahun 2011.

Naik taraf sistem keselamatan ini merupakan sepakat antara FIM, Persatuan Pasukan Perlumbaan Antarabangsa (IRTA) dan pemegang hak penganjuran MotoGP (Dorna) yang mahu memastikan keselamatan sukan permotoran dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");