Berita Hari Ini

Jerman Gerak Usaha Baharu Tamatkan Perang Syria

BERLIN: Jerman akan menyertai Perancis untuk mendesak usaha antarabangsa baharu untuk mencapai gencatan berkekalan di Syria, kata Menteri Luar Jerman, Heiko Maas semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengkritik Russia kerana berulang kali menyekat tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap perang itu.

Katanya, pegawai dari Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) akan bertemu di London hari ini, untuk membincangkan langkah seterusnya susulan serangan bersama Barat terhadap Syria awal pagi semalam.

Tambahnya lagi, inisiatif itu turut dibincangkan oleh majlis Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang bertemu di Brussels semalam.

Maas berkata, semua menteri luar negara Kesatuan Eropah (EU) akan memperdebatkan langkah untuk menangani krisis di Syria esok.

“Kami akan bekerjasama dengan Perancis untuk menubuhkan format negara antarabangsa berpengaruh yang mampu memberikan momentum terhadap proses politik,” kata Maas lapor Reuters.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");