Panasnya Hari Ini

Usah didorong sentimen, emosi, pengaruh berita palsu

KOTA BHARU: Pengundi diingatkan tidak didorong dengan sentimen, emosi dan pengaruh berita palsu yang disebarkan pembangkang menerusi agensi media dari luar negara menjelang hari pengundian pada 9 Mei nanti.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata sebaliknya, pengundi perlu mengutamakan kepada asas, dasar, ‘track rekod’ dan manifesto yang dilancarkan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan negara ini terus membangun serta tidak ketinggalan.

Malah, beliau berkata, terdapat agensi media mempunyai agenda tersendiri bagi mewujudkan ketidakstabilan supaya berlaku pergolakan dalam negara yang boleh memberi keuntungan terhadap pihak tertentu.

“Kadang-kala kita tidak nampak gambaran luas (kesan berita palsu), tapi apabila kita melihat berita itu disebarkan daripada agensi media luar negara, maka seolah-olah berita itu benar.

“Bagi kita yang sudah terbabit lama dalam dunia politik sangat memahami kaedah terbabit kerana ia adalah satu permainan, sedangkan berita berkenan tidak benar.

“Justeru, kita mahu memberi kesedaran awal kepada masyarakat supaya mereka dapat berfikir jika terdapat sesuatu berita yang tiba-tiba disebarkan terutama di saat akhir, mereka akan memahami perkara berkenaan bahawa ia sengaja diada-adakan untuk tujuan tidak baik,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga penyandang kerusi Parlimen Ketereh berkata, jika keadaan itu dapat difahami rakyat, pihaknya yakin mereka dapat menapis dan menepis pengaruh berita palsu berkenaan.

Katanya, kerajaan stabil, dasar kukuh, latar rekod yang cemerlang dan manifesto lebih praktikal perlu menjadi prasyarat utama pengundi, bukannya kerana sentimen, berita palsu, hasutan, dan fitnah yang sengaja dirancang.

“Kita sudah memberi peringatan kepada jentera berikutan maklumat yang diterima bahawa terdapat pihak secara sengaja menimbulkan provokasi.

“Pihak berkenaan merancang serangan di saat akhir dengan mengeluarkan berita tidak benar atau palsu bagi menakutkan pengundi dan menanam rasa benci,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");