Perak Hari Ini

Berjasa Kecewa Dengan Pas

TAIPING:Parti Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) menyuarakan kekesalan terhadap tindakan Pas yang seperti mengkhianati parti itu.

Ketua Penerangan Berjasa Mohd Junip Huzaiyin berkata perasaan kecewa timbul apabila parti Berjasa hanya diberikan tiga kerusi untuk bertanding daripada 17 kerusi yang diminta kepada Pas.

“Persahabatan ini seperti ada agenda tertentu  kami hanya mampu bertanding tiga kerusi sahaja sangat sedih malah kerusi yang diberikan hanya memberikan kalah mati sahaja buat parti kami,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Turut hadir Pengerusi Berjasa Perak Azahari Abdullah dan penyelaras Berjasa Dun Batu Kurau Zainal Abidin Abd Rahman.

Katanya lagi, daripada lima calon yang terpilih hanya tiga kerusi akan menggunakan logo Berjasa dan selebihnya adalah milik Pas.

“Kami bukan mahu mencaci  kerana bukan sikap kita dan kita juga membawa nama parti Islam tetapi hari ini kami ingin membuat teguran dan nasihat terhadap parti yang mengaku memperjuangkan Islam bagaimanapun seolah mengkhianati jemaah satu lagi.

“Berjasa ingin memberi nasihat, pandangan serta teguran kerana apa yang dilakukan tidak melambangkan keikhlasan  dan ikatan ukhuwah Islamiah itu,” katanya.

Katanya lagi, Pas perlu jelas dengan kewujudan Berjasa yang ditubuhkan pada tahun 1977 malah pada pilihan raya umum ke-13 parti ini berjaya memperolehi sekitar 72,000 undi sokongan serta pernah menewaskan Parti Pas pada tahun 1978.

“Matlamat tak menghalalkan cara hanya kerana rakus mahukan kuasa sanggup menafikan hak kami dan enggan bertolak ansur memberi lima calon tetapi dua calon bertanding atas tiket Pas.

“Kami seolah berlawan dengan Pas apabila bertanding di kawasan yang sama walaupun berada dalam Gagasan Sejahtera jadi gagasan ini hanya mainan Pas dan sekadar mahu mewujudkan kelompok politik sepeti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan supaya nampak gah,” katanya.

Malah katanya Berjasa seolah dihalau oleh Pas dan tidak dinafikan hak sebenar hingga sebarang keputusan tidak dimaklumkan kepada pihak parti gabungan dan diletakkan pelbagai syarat yang tidak masuk akal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");