Jenayah

Pemandu Van Dituduh Sebar Berita Palsu

KUANTAN – Seorang pemandu van dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua tuduhan memulakan penyebaran komunikasi palsu di Facebook berhubung kejadian gaduh di Taman Perindustrian Malaysia-China (MCIKP), Kuantan di sini, 10 Julai lalu.

Memetik laporan Sinar Online, tertuduh, Mohd Shaiful Adha Mohd Shukor, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Haryati Abdullah di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam ditawarkan ikat jamin RM16,000 bagi setiap pertuduhan bagaimanapun jumlah itu dikurangkan kepada RM10,000 selepas tertuduh membuat rayuan.

Sebutan semula kes ditetapkan 20 Ogos depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");