Berita Hari Ini

Wang GST Milik Peniaga Tidak ‘Dirompak’ Kata Zahid

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetap bersangka baik dengan meyakini RM18 bilion bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang sepatut dipulangkan kepada peniaga sebenarnya masih ada.

Kata bekas timbalan perdana menteri itu, beliau percaya wang berkenaan masih berada dalam akaun yang disatukan (consolidated account) milik kerajaan.

“Saya tidak fikir itu satu kehilangan (dana) kerana ia dimasukkan ke dalam akaun yang disatukan.

“Jadi, wang itu harus berada dalam kumpulan dana yang disatukan itu,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Dua hari lalu, Menteri Kewangan ketika menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat mendakwa kerajaan BN ‘merompak’ bayaran balik GST yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga dalam masa dua minggu.

Lim Guan Eng sekali lagi membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat semalam dengan berkata audit dalaman dan pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendapati sejumlah RM18 bilion ‘hilang’ dari tabung bayaran balik GST.

Ekoran dakwaan itu anggota parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");