Perak Hari Ini

Lantikan Ketua Kampung Bakal Selesai Hujung Tahun Ini

GERIK: Perlantikan ketua-ketua kampung di seluruh Negeri Perak akan sempurna menjelang hujung tahun ini.

Menteri Besar, Ahamd Faizal Azumu berkata, proses menyenarai pendek semua nama-nama ketua kampung sedang giat dijalankan malah turut terdapat nama yang telah siap untuk dilantik.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan peratusan ataupun angka yang tepat bagi nama-nama tersebut.

Selain itu katanya, beliau sedar penduduk di beberapa buah kampung di negeri ini mengalami kesukaran untuk berurusan dengan pihak ketua kampung.

“Jika sebelum ini, mereka akan berurusan terus di rumah ketua-ketua kampung namun, untuk sementara waktu, mereka harus ke pejabat ketua kampung.

Ahmad Faizal berharap agar masyarakat dapat memberi peluang kepada kerajaan negeri bagi melengkapkan kesemua nama ketua kampung yang bakal dilantik.

Ketika ditanya punca kelewatan kerjaan negeri dalam menyenarai pendek nama ketua-ketua kampung, beliau berkata pihaknya mahu meneliti semua nama yang dicadangkan dan tidak mahu melakukan sebarang keputusan dengan cara terburu-buru.

“Pakatan Harapan (PH) ialah parti baharu. Umum mengetahui, pentadbiran lama tidak mahu meluluskan PH sebelum Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

“Taktik-taktik hendak melemahkan hubungan antara parti-parti komponen Pakatan Harapan juga telah dilakukan pentadbiran lama.

“Disebabkan itu, apa yang berlaku kini, pergerakan kita agak terhad sedikit. Dan isu timbul apabila kita harus menetapkan wakil parti mana yang harus diletakkan dalam sesebuah kampung.

“Kita pula harus mememastikan lantikan itu amat terbaik untuk masyrakat di kampung tersebut,” katanya.

Malah jelasnya, implikasi peralihan kuasa di Putrajaya juga turut mengakibatkan perubahan organisasi di dalam beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di peringkat persekutuan juga masih lagi berjalan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Hak Milik Peneroka Felda Nenering 1, dekat sini, pada Isnin.

Mengulas tentang penyerahan tersebut, Ahmad Faizal berharap kesemua 140 penerima ataupun waris penerima dapat menjaga serta mempertahankan tanah mereka daripada diserahkan kepada pihak lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");