Perak Hari Ini

Badminton Sukma 2018: Kedah Kuasai Gelanggang Menentang Perak

IPOH: Skuad Badminton Kedah mengikut jejak langkah Selangor semalam, apabila turut menguasai perlawanan perseorangan dan beregu badminton lelaki Kumpulan A, Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, hari ini, dalam beraksi menentang pasukan tuan rumah.

Perlawanan yang berlansung di Arena Badminton Perak, Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), dekat sini, pagi tadi menyaksikan pemain perseorangan Perak, Tan choong Yen bangkit menebus kekalahan dengan Selangor semalam apabila berjaya menundukkan Mior Muhammad Hakim Arzehar (Kedah) dengan pungutan mata 21-18 dan 21-13.

Turut sama menebus kekalahan semlam, pasukan beregu tuan rumah, Si Chin Sian dan Ling Wei Jie yang dilihat selesa menguasai gelanggang apabila beraksi dengan pasukan beregu Kedah, Ng Yong Chai dan Ooi Jhy Dar dengan kutipan mata 21-16 dan 21-18.

Sementara itu di gelanggang perseorangan lelaki pula, wakil Kedah, Kok Jing Hong dilihat tenang menundukkan wakil tuan rumah, Anson Cheong Yan Fen dengan mata 21-12 dan 21-12.

Dalam pada itu, pasukan beregu Perak yang diwakili Lim Tze Jian dan Muhammad Umar Al Qhatab Muhammad Shaffie, dilihat berjaya menggugat wakil Kedah, Muhammad Syauqi Mohd Puzi dan Ooi Zi Heng di set pertama dengan mata 21-17.

Namun, Kedah akhirnya bangkit di set kedua dengan mata 22-20 dan seterusnya menafikan kemenangan skuad tuan rumah dengan pungutan mata 21-9.

Perlawanan ketiga perseorangan lelaki akhirnya memberi mata tambah kepada Kedah apabila Ooi Jhy Dar dengan mudah menundukkan wakil Perak, Chea Chen Xiang dengan mata 21-11 dan 21-11

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");