Perak Hari Ini

Sukan Bukan Hanya Milik Golongan Elit – Syed Saddiq

IPOH: Semua pihak diseru supaya merakyatkan aktiviti sukan, sebagaimana yang disarankan kerajaan, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abd Rahman.

Ujarnya, sukan bukan hanya dimiliki golongan elit semata-mata sebaliknya ia merupakan milik rakyat.

Syed Saddiq dalam masa sama, turut menyeru agar ianya terus dimartabatkan di semua peringkat.

“Apabila ada penganjuran acara sukan sebelum ini, saya melihat rakyat dari pelbagai agama dan kaum bersatu padu menyokong negara. Ia dapat menghapuskan tembok perbezaan politik, agama dan perkauaman.

“Kita sering bersama-sama meraikan atlet kita seperti ketika Datul Lee Chong Wei beraksi menentang lawannya.

“Sukan bukan sahaja untuk kita melihat untuk berhibur tetapi ia jauh daripada itu. Ia lebih besar. Ia ejen perpaduan yang begitu efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sembah ucapan dihadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pada acara pembukaan Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, di Stadium Perak, dekat sini, malam tadi.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Ahmd Faizal Azumu, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham, barisan Exco serta tetamu kehormat yang lain.

Ia turut dihadiri wakil- wakil daripada 15 pasukan kontinjen yang bertanding.

Sementara itu, Syed Saddiq turut berharap agar para atlet yang bertanding dapat memberi tumpuan dan fokus tujuan mereka bertandang ke Perak.

Jelasnya Sukma merupakan medium untuk mereka mencungkil bakat masing-masing, sebelum mewakili negara ke peringkat antarabangsa dalam sebarang penganjuran dan acara.

“Saya mahu anda buktikan anda lebih hebat daripada Datuk Lee Chong Wei. Tunjukkan anda lagi hebat dari Pandelela Rinong.

“Saya mahu anda gegarkan Malaysia dengan semangat dan kejayaan anda semua,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");