Perak Hari Ini

Mohd Gazali Jalal Bersara, Selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

IPOH – Satu majlis telah diadakan bagi memberikan penghargaan atas persaraan Datuk Mohd Gazali Jalal iaitu bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Menteri Besar Perak, Ahamd Faizal Azumu dalam ucapannya menzahirkan penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Mohd Gazali sepanjang menabur bakti kepada kerajaan negeri.

“Sejujurnya berat di hati saya untuk mengucapkan selamat bersara kepada seorang tokoh yang amat saya sanjungi dan hormati.

“Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-60 kepada yang berbahagia Datuk,” katanya bersempena dengan tarikh kelahiran bekas Setiausaha Kerajaan Negeri itu pada hari ini.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang amat besar Gazali terhadap negeri dan dirinya sendiri secara peribadi.

“Berkat pengalaman dan kepimpinan beliau yang begitu luas, peralihan kuasa pada PRU ke-14 dapat berjalan dengan begitu teratur dan lancar.

“Beliau juga seorang yang tidak lokek dengan senyuman, bersifat penyayang dan mementingkan hubungan kekeluargaan sehinggakan sanggup memenuhi setiap undangan majlis perkahwinan kakitangan beliau,” katanya.

Beliau turut berharap agar Mohd Gazali dapat memberikan nasihat serta panduan kepadanya sepanjang beliau mentadbir negeri biarpun telah bersara kelak.

“Saya amat bersyukur dan beruntung kerana mendapat pengalaman berkhidmat di sisi insan sehebat Datuk Gazali bagi pihak seluruh rakyat negeri Perak, terutamanya anggota pentadbiran perkhidmatan awam di negeri Perak,” katanya.

Mohd Gazali berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun sejak menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 3 Januari 1983.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi/Mikro dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berpengetahuan luas dalam bidang kewangan, pengurusan tanah dan pentadbiran wilayah.

Mohd Gazali merupakan Pegawai Kewangan Negeri Perak sejak 29 Ogos 2011 dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Kangsar dan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Perak.

Terdahulu Zainal Azman Abu Seman dilantik mengalas tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang baru menggantikan Mohd Gazali yang bersara pada 8 Oktober lalu.

Majlis serah tugas telah berlangsung di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sejak Febuari 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");