Panasnya Hari Ini

Rakyat Undi PH Tapi Exco Sendiri Jatuhkan PH Di Perak?

Isu gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Faizal Azumu bukanlah perkara baru, malah Peraktoday sendiri telah beberapa kali membuat posting berkaitan perkara ini.

Gerakan menjatuhkan MB nampaknya semakin agresif sehinggakan kepimpinan pembangkang pun dilibatkan sekali. Dan lebih teruk, exco yang dikatakan melakukan gerakan itu, sejak dahulu lagi sememangya sinonim dengan sikap ‘Gila Kuasa’ nya.

Dua nama exco yang dikatakan terlibat dalam gerakan itu, Aziz Bari dan Nizar Jamaluddin kembali heboh disebut-sebut. Dan ini bukan kali pertama berita seumpama ini bertiup.

Apakah kejadian 2009 bakal berlaku?

Dan sekiranya ia benar-benar berlaku, secara logiknya adakah kedua-dua exco terbabit akan dilantik sebagai MB.

Kalau dulu, BN buat gerakan untuk jatuhkan kepimpinan Nizar ketika itu. Namun kini tak sangka Nizar sanggup mengajak Adun BN bersekongkol sekali. Adakah beliau sejenis ‘Musuh Dalam Selimut’ dek kerana nak memuaskan nafsu kekuasaannya.

Apakah Nizar ni tiada niat untuk bertaubat. Sokong je lah kepimpinan sekarang. Dah berjaya dapat menang PRU14, tak puas lagi nampaknya.

Apalah gunanya kalau jadi MB tapi gagal jalankan tanggungjawab. Jadi Adun dan Exco yang baik dulu, baru pasang niat nak caras jawatan MB.

Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad ternyata mengguris hati kebanyakkan pengundi PH di Perak. Penat-penat rakyat undi tapi exco PH juga yang nak jatuhkan balik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");