Berita Hari Ini

Selesaikan Secara ‘Menang-Menang’ Pemaju, Kuil – Zuraida

SUBANG JAYA: Kerajaan Selangor diminta mencari jalan penyelesaian ‘menang-menang’ antara pemaju swasta dan pengurusan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, di sini, membabitkan kes pemilikan tanah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata ia juga perlu dirangka secara menyeluruh bagi memastikan insiden rusuhan di sekitar kuil itu tidak berulang.

“Kes ini perlu diselesaikan Menteri Besar Selangor (Amirudin Shari), cari dasar yang sesuai untuk tangani masalah berbangkit.

“Negara ini juga ada undang-undang, patuhi dan hormati undang-undang sedia ada.

“Isu tanah kuil ini berskala besar dan sensitif, perlu pendekatan yang betul,” katanya pada sidang media, di kuil itu, di sini, hari ini.

Terdahulu, Zuraida meluangkan masa hampir sejam meninjau kawasan kuil dan beramah mesra dengan masyarakat setempat.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");