Perak Hari Ini

Perbanyak Pusat Latihan Sukan Disemua Daerah

IPOH- Kerajaan negeri akan memperbanyakkan lagi pusat latihan sukan bertaraf negeri dan pusat latihan sukan daerah meliputi 12 daerah selaras dengan usaha untuk memastikan Perak berjaya menjadi juara pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang akan berlangsung di Johor.

Exco Belia dan Sukan, Howard Lee Chuan How berkata, Majlis Sukan Negeri (MSN) telah mengatur siri perbincangan bersama persatuan negeri untuk merangka program latihan yang lebih baik dan penumpuan terhadap atlet berprestasi tinggi.

“MSN akan melibatkan jalinan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Perak, Jabatan Belia dan Sukan serta pejabat daerah serta persatuan sukan negeri disamping kerjasama daripada kelab-kelab sukan daerah setempat.

“Malahan MSN turut melaksanakan kolaborasi bersama pejabat daerah untuk menggunapakai setiap kemudahan yang telah dibina pada Sukan Malaysia (SUKMA) lalu,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan bertulis Chaw Kam Foon (Barisan Nasional- Menglembu) dalam Sidang Dewan Undangan Negerin (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Howard turut mengulas mengenai peranan Perbadanan Sukan Perak yang telah diumumkan oleh Bekas Menteri Besar dimana perbadanan ini akan mengembeling semua kemudahan dan aset sukan negeri.

“Perbadanan ini juga berperanan untuk menyelenggara kemudahan sukan disamping memastikan pembangunan sukan mampu menyumbang dalam bidang ekonomi dan bukan memakan belanja semata-mata,”katanya.

Tambah Howard lagi, perbadanan mampu menjadi satu institusi yang mampu melaksanakan tugasnya tanpa campur tangan dan membebankan Pihak Berkuasa Tempatan (PTT).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");