Perak Hari Ini

Penduduk Mahu Bonggol, Naik Taraf Infrastruktur

SLIM RIVER:Penduduk di sini, meminta pihak berkenaan membina bonggol jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Slim Village berikutan situasi lalu lintas yang membahayakan.

Penduduk, yang ingin dikenali sebagai Nizam berkata, pembinaan sebuah bonggol yang sedia ada berhampiran tidak mampu mengawal keselamatan khususnya ketika murid melintasi kawasan itu.

“Hanya ada satu bonggol sahaja dan ia amat membahayakan nyawa budak yang melintas jalan, kerana kawasan disitu kenderaan sangat laju, malah bonggol tidak di warnakan harap dapat penambahan bonggol dan warna laluan juga telah pudar sukar dilihat,” katanya ketika dia menghubungi Peraktoday.

Terdahulu katanya pada 5 Disember lalu, pihaknya sudah hantar permohonan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagaimanapun statusnya masih dalam siasatan sehingga ke hari ini.

Katanya di sekitar Dataran Amanjaya Slim Village terdapat beberapa masalah seperti penutup longkang yang rosak serta keadaan sebatang pokok reput yang membahayakan orang ramai.

“Pokok tersebut berhampiran sekolah jadi kami berharap pihak majlis perbandaran boleh menebang pokok ini kerana khuatir keadaannya boleh membahayakan kanak-kanak yang selalu bermain di kawasan disitu,” katanya.

Turut disuarakan mengenai situasi di Kampung Sawa dan Penderas di mana memerlukan pelbagai penambahbaikan dan keperhatinan daripada pihak berwajib.

“Keadaan pondok menunggu bas yang sudah kelihatan uzur dan perlu dinaik taraf iaitu berhampiran kawasan sekolah dan sebuah pondok menunggu di dataran Amanjaya Kampung Sawa yang turut dalam situasi sama.

“Saya harapkan taman permainan berhampiran kampung ini yang berada dalam keadaan yang uzur dan rosak dapat segera dibaiki, serta kemudahan alatan senaman juga tiada.

“Bukan itu sahaja kami kekurangan tempat duduk seperti bangku simen berhampiran padang bola sepak, bola tampar dan takraw dan turut berharap adanya ruangan untuk senaman seperti jalan berbatu sesuai untuk warga emas,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");