Berita Hari Ini

Penetapan Harga Minyak Ikut Formula ‘Menang-menang’, Kata Guan Eng

BAYAN BARU: Kerajaan memberi jaminan rakyat akan menikmati manfaat hasil penurunan harga bahan api berdasarkan formula menang-menang susulan penetapan harga runcit minyak petrol dan diesel.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan juga akan berusaha memastikan rakyat tidak terkesan dengan kenaikan harga minyak di masa akan datang.

Oleh itu, katanya, kerajaan memutuskan untuk menetapkan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras trend penurunan harga petroleum di pasaran dunia.

“Kerajaan berhasrat memastikan pengguna mendapat faedah dan nikmat daripada penurunan harga minyak, kerana itulah sebabnya jemaah menteri buat keputsan harga runcit secara mingguan.

“Sungguhpun kita tukar kepada mekanisme mingguan, apabila harga minyak naik kita akan hadkan kepada harga RM2.20 utk RON95, dan RM2.18 sen diesel.

“Jadi formulanya menang- menang. Bila harga minyak turun dapat manfaat, bila minyak naik dia akan hadkan kepada RM2.20. Yang lebih akan ditanggung kerajaan melalui pemberian subsidi minyak,” kata Guan Eng, sebagaimana dilaporkan Astro Awani.

Katanya, harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat jelas dan faham dengan usaha kerajaan dalam mencari penyelesaian dan kaedah terbaik berhubung harga minyak diesel dan petrol.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pameran kewangan Bursa Malaysia Market Place Fair di Bayan Baru, pada Sabtu.

Pada Jumaat, kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON95 pada RM1.93 seliter, diesel (RM2.04 seliter) dan petrol RON97 (RM2.23 seliter) mulai 5 Januari hingga 11 Januari depan.

Sebelum ini, harga RON97 ditetapkan pada RM2.50 seliter, RON95 (RM2.20 seliter) dan diesel (RM2.18 seliter).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");