Perak Hari Ini

Operasi Cegah Jatuh Cegah Runtuh Fokus Sifar Kemalangan

BATU GAJAH- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak telah menjalankan Operasi Cegah Jatuh dan Runtuh bermula 25 Februari dan berakhir pada 25 Mac 2019.

Pengarah JKKP negeri, Zamzurin Maarof berkata, dalam operasi tersebut sebanyak 30 tapak pembinaan di seluruh negeri telah diperiksa untuk menilai tahap pematuhan aktiviti pembinaan di tempat tinggi dan kerja berisiko tinggi di kawasan pembinaan.

“Pada operasi kali ini, kita telah mengeluarkan 155 notis larangan berserta sita yang melibatkan 2 tapak pembinaan secara keseluruhan dan 153 kawasan aktiviti kerja.

Kertas siasatan juga telah disediakan bagi 5 kes pendakwaan dan 96 kes kompaun terhadap majikan yang gagal melantik Pegawai Keselamatan dan Kesihatan di tapak projek bernilai RM20 juta ke atas dan ingkar notis yang dikeluarkan oleh JKKP.

“Selain itu, 65 notis pembaikan dan 68 surat arahan telah dikeluarkan bagi kesalahan yang memerlukan penambahbaikan segera oleh majikan atau kontraktor seperti kesalahan tepian terbuka yang melibatkan kerja di tempat tinggi, lubang terbuka yang tidak ditutup, pendawaian elektirk, pemasangan perancah, pelantar kerja dan laluan ke tempat kerja yang tidak selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Operasi Cegah Jatuh dan Runtuh di sebuah tapak pembinaan Takenaka Sdn Bhd, Batu Gajah, hari ini.

Dalam pada itu, Zamzurin juga menegaskan bahawa pengurus projek perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan semua pekerja.

Ujarnya, ini berikutan terdapat satu kes yang melibatkan pengurus projek di tapak pembinaan yang gagal memastikan pengoperasian, pengendalian, penyelengaraan serta perlantikan operator kren menara yang berdaftar.

Berdasarkan rekod pada tahun 2018, JKKP Perak telah mengambil 5 tindakan pendakwaan dengan jumlah denda RM70,000 dan mengeluarkan 152 kompaun dengan jumlah sebanyak RM212,000 kepada majikan di sektor pembinaan.

Zamzurin juga berkata bahawa JKKP akan terus membuat pemantauan berterusan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di industri pembinaan dan tidak akan berkompromi terhadap mana- mana pihak yang gagal menjalankan tanggungjawab

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");