Berita Hari Ini

Saya Akan Putuskan DPP Dalam Inkues Adib – Zuraida

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membuat keputusan terhadap pelantikan peguam baru bagi mewakili kementerian itu dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Bercakap kepada pemberita di Putrajaya pagi ini, menteri KPKT Zuraida Kamaruddin berkata beliau telah meminta Pejabat Peguam Negara mencadangkan beberapa nama timbalan pendakwa raya (DPP) kanan untuk menggantikan peguam Syazlin Mansor yang baru-baru ini menarik diri daripada inkues berkenaan.

“Saya minta mereka cadangkan 2,3 nama dan biar saya yang buat pilihan untuk melantik (mewakili KPKT dan jabatan bomba).

“Jadi inkues akan sambung 26 Jun, ada masa lagi. Ketika ni belum submit nama pada saya, bila dapat nama saya akan lihat dan buat keputusan,” katanya semasa sidang akhbar di bangunan KPKT.

Minggu lepas, Syazlin, seorang peguam swasta yang mewakili kementerian itu sejak hari pertama inkues berkenaan, mengumumkan pengundurannya lapor MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");