Sukan Hari Ini

Era Kegemilangan United Sudah Berakhir – Van Persie

LONDON: Robin van Persie berpendapat era Manchester United mendominasi saingan Liga Perdana Inggeris sudah berakhir.

Lebih malang, The Red Devils hanya mampu menyaksikan dua kelab terbaik di Eropeh – Liverpool dan Manchester City – membuat perhitungan antara satu sama lain pada aksi Piala Perisai Komuniti di Stadium Wembley, malam ini.

Bekas penyerang Belanda itu antara pemain yang beraksi bersama United ketika kali terakhir kelab itu mendominasi saingan bola sepak Inggeris.

Ia adalah pada 2013 yang menyaksikan United menjuarai liga pada musim terakhir kelab itu di bawah kendalian Alex Ferguson – merampas kembali gelaran daripada City.

Selepas enam tahun, Van Persie, 35, percaya bekas kelabnya itu hanya mampu menghampiri kedua-dua kelab terbaik dunia itu adalah menerusi siaran perlawanan mereka di televisyen.

“Jika kamu lihat kepada City dan Liverpool, mereka adalah pasukan terbaik bukan saja di England tetapi di Eropah.

“Malah, jika kamu lihat pasukan seperti Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich, dari aspek corak permainan dan falsafah jurulatih, saya fikir mereka adalah pasukan terbaik.

“Kamu boleh lihat karakter yang ada pada Jurgen Klopp sebagai pengurus Liverpool dan Pep Guardiola sebagai pengurus City. Percayalah, ia sesuatu yang sukar dicapai.

“Mampu membuatkan semua orang bekerjasama dalam semua aspek, ia sangat luar biasa,” kata Van Persie, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Dia menambah: “Manchester United seperti pemangsa. Dari aspek positif, apabila semua berjalan dengan baik, mereka akan menjadi kelab besar dunia.

“Ia tempat yang hebat. Namun, apabila semuanya tidak menjadi, kamu akan mengalami masa yang sukar sebagai pemain dan jurulatih.

“Ia tempat yang sukar, terlalu banyak tekanan terutama harapan daripada peminat. Mereka bukan saja mahukan kemenangan tetapi mahu melihat corak permainan menyerang,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");