Perak Hari Ini

Tanpa Pelepasan Cukai, Pembelian Toyota Cambry Perak Tiada Sebarang Masalah

IPOH- Kerajaan negeri Perak menegaskan bahawa tanpa pengurangan cukai dari Kementerian Kewangan, pembelian Toyota Cambry kepada Exco tiada sebarang masalah.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, walaupun pengecualian cukai tidak diberikan, pengurangan perbelanjaan kerajaan negeri dapat dinikmati dengan perjanjian urusan pembelian yang diberikan oleh syarikat kenderaan berkenaan.

“Pembelian kereta baru-baru ini adalah berpatutan kerana kerajaan negeri mendapat kelebihan dari segi pembelian iaitu percuma kos penyelenggaraan selama lima tahun,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Majlis Taklimat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) Penamaan Sawit Perak, di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut kenyataan dari satu portal berita, katanya beliau juga tidak jelas mengenai apa yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

“Makluman yang saya terima sebelum ini adalah kerajaan negeri memang sedang berusaha untuk mendapatkan perlepas cukai tersebut.

“Namun begitu, perkara ini juga akan dibangkitkan samasa Mesyuarat Mingguan exco,” katanya.

Terdahulu laporan menyatakan bahawa, perolehan yang dibuat kerajaan Perak, Kementerian Kewangan berkata, pihaknya tidak pernah menerima permohonan untuk pengecualian duti atau cukai atas perolehan Toyota Camry import tersebut.

Kata Ahmad Faizal berhubung perkara tersebut, beliau perlu menyemak semula perkara berkenaan dengan pegawai kewangan negeri kerana urusan pembelian tersebut diuruskan oleh pihak berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");