Perak Hari Ini

Jeon Hyo-Seok Perkuat Pertahanan Pasukan Perak?

IPOH: Walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi daripada Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), namun dilaporkan pemain bola sepak Korea Selatan, Jeon Hyo-Seok telah menyarung jersi Pasukan Perak untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Menerusi portal Stadium Astro, pemain pertahanan berusia 22 tahun itu telah diikat bagi mengisi kuota pemain import dari benua Asia.

Ketua Jurulatih Pasukan Perak, Mehmet Durakovic mendedahkan bahawa skuad The Bos Gaurus (TBG) kini sudah mempunyai empat pemain import setelah mengikat pemain dari Asan Mugunghwa FC baru-baru ini.

“Kami sudah mengikat Seok Jeon dan dia akan bergandingan tenaga dengan Leandro Dos Santos, Raianderson Da Costa Morais (Careca) dan Guilherme De Paula,” katanya.

Sebelum ini beberapa laman portal telah melaporkan bahawa pemain yang memiliki susuk tubuh berketinggian 1.87 meter itu telah lulus ujian kecergasan selain prestasinya juga dikatakan berada pada tahap terbaik ketika sesi penilaian.

Sementara itu, Durakovic berkata Perak berkemungkinan akan melengkapkan kuota pemain import bagi menghadapi saingan musim ini dengan mengambil seorang pemain dari Singapura.

“Saya telah pergi ke Singapura baru-baru ini untuk melihat calonnya.

“Memang ada yang menambat hati dan segalanya kini terserah kepada jawatankuasa tertinggi PAFA, terutama Presiden yang akan membuat keputusan,” katanya sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

Selain itu, Durakovic, yang bersama Perak untuk musim keempat turut berharap agar dapat mengemudi pasukan Yob untuk mencapai kejayaan dan menegaskan terdapat kekosongan dalam pasukan itu yang akan diisi oleh pemain import tempatan.

“Saya yakin masih ada pemain yang belum ada pasukan. Kami akan cuba mendapatkan khidmat mereka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");