Berita Hari Ini

Harga RON97 dan RON95 naik 5 sen, diesel naik 10 sen

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik lima sen seliter manakala diesel naik 10 sen seliter bagi tempoh 30 Mei hingga 5 Jun 2020.

Menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan, menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu RON97 pada RM1.73 seliter; RON95 RM1.43 seliter dan diesel RM1.61 seliter.

Kenaikan itu disebabkan peningkatan harga minyak yang diproses, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");