Perak Hari Ini

COVID-19: Perak Akan Salurkan Bantuan Kepada Sabah

IPOH – Kerajaan Perak akan menyalurkan bantuan kepada Sabah susulan perkembangan penularan COVID-19 yang membimbangkan di negeri tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata jumlah sumbangan yang akan disalurkan kepada Tabung Bencana Sabah itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Saya sedang berbincang dengan Pejabat Kewangan Negeri untuk menyampaikan bantuan daripada Kerajaan Perak kepada Sabah yang terkesan teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan kes jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat.

“Saya fikir ini adalah masa untuk kita tolong-menolong. Insyallah saya akan umumkan jumlah bantuan yang disalurkan kepada tabung bencana Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Pasukan Hoki dan Kriket Perak di Galasa Caldwell, dekat sini, hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Faizal mengesahkan bahawa pemandu peribadi kepada Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Yunus Jamahri telah menjadi kontak rapat kepada salah seorang pesakit COVID-19.

Katanya Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan Negeri itu sedang menjalani tempoh kuarantin 14 hari bermula semalam.

“Abdul Yunus adalah kontak sekunder dan perlu menjalani ujian swab atau ujian calit tekak. Apabila keputusan negatif, beliau boleh meneruskan kerja seperti biasa.

“Namun sementara menunggu keputusan, beliau harus menjalani tempoh kuarantin 14 hari. Semalam beliau tidak menghadiri Mesyuarat Exco kerana perkara tersebut,” katanya.

Susulan perkara tersebut difahamkan kerja-kerja disinfeksi telah dijalankan di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");