Perak Hari Ini

DUN Perak: Mohd Zaidi Angkat Sumpah ADUN Slim

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua, Tahun Ketiga, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Mohd Zaidi, 43, mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Pada Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos lalu, Mohd Zaidi yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 10,945 undi setelah memperoleh 13,060 undi.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim itu telah menewaskan pencabarnya dua calon Bebas iaitu peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang meraih 2,115 undi dan bekas guru S Santharasekaran, 44, memperoleh 276 undi.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lepas dunia di Hospital Bentong, Pahang akibat serangan sakit jantung.

Zahir seterusnya mengucapkan tahniah kepada Mohd Zaidi atas kemenangannya pada PRK Slim sebelum meminta kesemua bertafakur dan membacakan Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Khusairi.

“Tahniah kepada Mohd Zaidi yang telah mengangkat sumpah sebagai ADUN Slim yang baharu. Semoga Yang Berhormat  dapat menjalankan amanah yang telah diamanahkan oleh rakyat di Slim,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");