Perak Hari Ini

59 ADUN Perak Diberi Taklimat Belanjawan 2021 Perak

IPOH – Kesemua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan wakil mereka diberikan taklimat Belanjawan Perak 2021 yang bakal dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak esok.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, taklimat dari Pegawai Kewangan Negeri dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak itu bertujuan bagi memberi maklumat awal kepada setiap ahli dewan mengenai pembentangan Belanjawan berkenaan.

Katanya, maklumat itu boleh diguna pakai untuk tujuan rujukan mahupun sebagai isi dalam perbahasan belanjawan berkenaan.

“Sebelum ini, kita ada buat taklimat tetapi selepas belanjawan dibentangkan dan untuk tahun hadapan kita buat lebih awal sedikit supaya semua ADUN boleh buat rujukan di tempat lain.

“Taklimat yang diadakan hari ini bukan kandungan sepenuhnya belanjawan yang akan dibentangkan esok, tetapi lebih kepada maklumat awal berkaitan bajet tahun ini.

“Kita harap apabila ADUN yang mengambil bahagian dalam perbahasan itu esok, mereka akan membahaskan kepada angka dan fakta yang diberikan oleh Pegawai Kewangan Negeri dan Pengarah UPEN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis taklimat Belanjawan Perak 2021 kepada ADUN negeri di Hotel Casuarina@Meru di sini hari ini.

Pada masa sama, Saarani berkata, tiada jumlah pembahas yang ditetapkan kerana ia bergantung kepada keputusan Speaker DUN Perak pada sidang DUN Perak yang bermula esok.

“Terpulang kepada Speaker DUN untuk menentukan waktu seseorang itu mengambil bahagian,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");