Panasnya Hari Ini

Mahathir akui DAP banyak berubah tidak semua ekstrem

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui DAP sekarang sudah berubah dan bukan lagi DAP seperti dahulu, ekstrem.

Katanya, dahulu DAP pernah membuat kenyataan yang mengguris hati orang Melayu termasuklah menentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberi hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

“Mereka kecam DEB, seolah-olah nak kekalkan orang Melayu miskin, kerana mereka nak gunakan merit untuk bantuan.

“Jadi, penuntut Melayu tak boleh dapat biasiswa (kalau) ikut apa yang mereka nak,” katanya dipetik Malaysiakini.

Bagaimanapun, menurut Mahathir DAP sudah berubah menjadi lebih moderat dan terbuka terhadap orang Melayu.

“Lim Kit Siang dan Guan Eng juga sudah berubah berbanding dulu.

“Ya, mereka nampak berubahlah. Dulu ekstrem. Dulu saya tahu semasa saya jadi perdana menteri (keempat), mereka agak ekstrem.

“Tetapi sekarang ini DAP sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu, mereka tak boleh menang. Jadi mereka buka DAP kepada orang Melayu. Orang India memang ada lah,” kata beliau.

Bagaimanapun beliau tidak menolak di dalam parti politik ada yang ekstrem dan ada yang moderat seperti mana dalam kalangan pimpinan DAP.

“Jadi ada dalam kalangan orang DAP ni, macam Ramasamy, Ronnie Liu apa semua, sangat ekstrem. Tak mahu accommodate (bertolak ansur, menyesuaikan diri) langsung.

“Yang tak ekstrem, tak ekstremlah,” kata Mahathir.

Justeru katanya, ada sebahagian ahli DAP masih “sangat ekstrem”, sehingga tidak mahu bertolak ansur dan menyesuaikan diri dengan orang lain tetapi tidak semua ahlinya bersikap sebegitu.-MD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");