Perak Hari Ini

IDR turun padang bersama Menteri Besar

Program yang berlangsung selama dua hari ini di penuhi dengan pelbagai aktiviti yang disusun rapi oleh kerajaan negeri untuk memberi manfaat kepada setiap rakyat.

Pada hari pertama, Menteri Besar DS Zambry bertemu dengan rakyat dan pemimpin di kawasan ini.

Pada sesi malam, forum perdana serta Qiamullail diadakan dan Klinik Dr.Zambry berserta pameran agensi-agensi kerajaandan NGO di Dun Kamunting diadakan pada hari yang berikutnya.

Institut Darul Ridzuan (IDR) juga turut serta menyertai program ini. Pada hari pertama, IDR telah mengadakan majlis bertemu rakyat di Kampung Expo.

ExcoKesenian, Kebudayaan ,Belia danSukan, YB Dato’ Zainol Fadzi telah menjadi tetamu kehormat untuk majlis ini.

Taklimat Pelan Pembangunan Perak Amanjaya turut di sampaikan kepada rakyat tempatan bagi memberi pemahaman dan penerangan tentang pelan pembangunan tersebut.

Seterusnya, IDR bersama YB Dato’ Zainol telah membuat lawatan kesekitar kawasan kampung. Sedikit sumbangan berupa wang ringgit dan makanan turut di sampaikan kepada keluarga yang kurang bernasib baik.

Ini adalah di antara program-program tanggung jawab sosial korporat (CSR) IDR kepada rakyat Perak.

Pameran Perak Amanjaya adalah antara program IDR pada hari kedua di DUN Kamunting.

Pada kali ini, booth Perak Amanjaya turut disertai oleh booth Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA).

Pusat Kerjaya Amanjaya akan di bangunkan untuk membantu mencari, menyelaras, melatih, memberi pengetahuan tambahan dan melengkapkan graduan serta penduduk di negeri Perak yang menganggur mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan bakat dan kemahiran mereka.

PeKA akan bekerjasama dengan sektor swasta, penggerak industri serta institusi–institusi pendidikan untuk mengenal pasti dan membekalkan tenaga kerja mahir seterusnya menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan di Negeri Perak.

Pusat Kerjaya Amanjaya yang pertama akan dibuka di Ipoh dan di jangka akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Mac 2011.

Dengan penubuhan PeKA, adalah diharapkan kadar penganguran di negeri Perak dapat diturunkan dan secara tidak lansung ianya dapa tmembantu dalam usaha menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di Negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");