Jenayah

Ibu Nursyaleza terkilan dengan menantu

SHAH ALAM – Ibu bekas eksekutif pentadbiran TV9 yang mati dibunuh dua tahun lalu terkilan dengan menantunya yang tidak memaklumkan terlebih awal kepadanya mengenai berita yang menimpa anaknya.

Rohana Aris, 54, memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, dia hanya mengetahui perkara itu melalui anak sulungnya yang menghubungi suaminya pada jam 9.30 malam.

“Saya sangat terkilan. Sebagai ibu, sepatutnya Norazman (tertuduh) menghubungi saya terlebih dahulu,” katanya.

Menurutnya, Norazman hanya memberitahu perkara itu kepada abang Nursyaleza agar disampaikan kepadanya dan suami.

“Sebelum bergerak ke Hospital Sungai Buloh, anak perempuan saya menunjukkan status Norazman di internet yang tertulis: Isteri saya meninggal dunia jam 7.30 tadi,” katanya.

Menurutnya, selepas pengebumian, dua anggota polis datang ke rumah untuk membawa Norazman ke balai bagi tujuan soal siasat.

Ditanya mengenai hubungan rumah tangga anaknya, Rohani berkata, pada Nursyaleza pernah mengadu bahawa Norazman mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Penerbit Berita TV9, Amin Hayat Abdul Rahim, 33, memberitahu Norazman memohon maaf kepadanya selepas dia menghubungi telefon bimbit Nursyaleza.

“Suaminya menjawab panggilan tersebut . Dia memohon maaf kepada saya dan mengatakan isterinya membunuh diri,” katanya.

Amin berkata, dia mengenali Nursyaleza bermula di awal pembabitannya dalam dunia penyiaran sekitar 2007.

“Saya amat mengenalinya. Dia seorang yang baik, tidak meninggalkan solat dan tidak mungkin Nursyaleza bunuh diri,” katanya.

-sinarharian-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");