Perak Hari Ini

Makmal Mini Proses Syabu Diserbu, Anggota Polis Berpangkat Inspektor Antara Ditahan

IPOH: Dua lelaki termasuk seorang pegawai polis telah ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taiping yang disyaki menjadi makmal mini bagi memproses dadah jenis syabu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Perak, Datuk A Paramasivam berkata, hasil maklumat awam, pihaknya telah melakukan serbuan di sebuah rumah di Taiping, malam Ahad lalu.

“Hasil serbuan yang dilakukan di Jalan Long Jaafar, Taman Bersatu dekat Taiping itu mendapati, rumah berkenaan telah dijadikan sebagai makmal kecil bagi memproses dadah jenis syabu.

“Melalui operasi kira-kira jam 9.30 malam itu juga, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Taiping telah berjaya menahan seorang lelaki berumur 34 tahun.

“Hasil siasatan dan ujian air kencing yang dijalankan ke atas lelaki itu mendapati, beliau mempunyai dua rekod jenayah lampau dan positif dadah.

“Manakala seorang lagi yang lelaki berusia 40 tahun yang ditahan pada serbuan yang sama pula merupakan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang berkhidmat dengan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Sungai Senam, di sini,” katanya lagi

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.

Tambahnya, polis turut merampas pelbagai jenis peralatan dan bahan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah tersebut.

“Dadah yang dipercayai methamphetamine seberat 720 gram serta precasel kafien (Ephederine) seberat 25 kilogram (kg) telah diitemui dan nilai rampasan ini dianggarkan berjumlah RM343,625.

“Kedua-duanya mereka direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mensabitkan hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Siasatan juga akan dilakukan terhadap pegawai polis berkenaan bagi memastikan sama ada beliau terlibat dalam kegiatan pemprosesan dadah berkenaan atau sebaliknya,” ujar beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");