Jenayah

44 GRO kena cekup

Johor Bahru: Seramai 44 GRO warga asing ditahan Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan di premis hiburan di Jalan Dato Suleiman di sini, 2 pagi tadi.

Dalam serbuan diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Negeri Johor, Gajendra Bahadur berkata, seramai 120 warga asing diperiksa dalam serbuan kali ini.

44 daripada mereka membabitkan wanita GRO ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

Mereka terdiri daripada warga Vietnam, China, Kemboja dan Indonesia kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dan tiada dokumen perjalanan sah.

Operasi membabitkan lima pegawai dan 78 anggota imigresen RELA, JPAM dan Jabatan Pendaftaran Negeri Johor.

Operasi berakhir pada 5 pagi dan semua yang ditahan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika untuk tindakan lanjut.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");