Laporan Eksklusif, Sukan Hari Ini

Kerjasama Berpasukan Kunci Kejayaan Orica Greenedge Di Peringkat Ketiga LTDL

TANAH MERAH: Penyarung jersi kuning dan biru yang mewakili pasukan Orica Greenedge, Caleb Ewan menyifatkan kerjasama yang baik membolehkan pasukannya mendahului saingan peringkat ketiga Le Tour De Langkawi (LTDL) dari Gerik-Tanah Merah, hari ini.

“Jarak 10 Kilometer (KM) terakhir merupakan jarak yang penting dan kami telah melakukan yang sebaik mungkin dan akhirnya usaha itu berjaya,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas tamat kayuhan sejauh 170 KM.

Caleb berkata, ada di antara ahli kumpulannya berasa letih semasa kayuhan tetapi masih berjaya menamatkan peringkat ketiga hasil latihan yang konsisten pada setiap hari.

Caleb juga menambah, pasukan tersebut dijangka dapat mencatat kejayaan yang lebih baik untuk peringkat seterusnya.

Untuk peringkat ketiga, Caleb menewaskan penyarung jersi kuning di peringkat kedua, Andrea Guardini dari pasukan Astana Pro Team, Italy.

Manakala, Kiel Reijnen yang mewakili pasukan UHC berjaya mengekalkan jersi merah yang dimenanginya pada peringkat kedua perlumbaan.

“Perasaan gementar serta tekanan itu masih ada tetapi kami tetap yakin dapat melakukan yang terbaik bagi peringkat ini dan seterusnya” ujar beliau.

Pemenang jersi putih, Zhang Weng Long dari pasukan MSS, pula menegaskan beliau langsung tidak menjangka mampu merampas jersi yang dimenangi oleh Adiq Husaini Othman di peringkat kedua saingan.

Esok, pelumba akan memulakan kayuhan dari Kota Baharu ke Kuala Berang, Terengganu membabitkan jarak sejauh 165.4 KM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");