Berita Hari Ini

Ketua JSJ P Pinang bertukar ke Bukit Aman

GEORGETOWN – Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Datuk Mazlan Kesah hari ini menyerahkan tugasnya kepada Timbalan JSJ Negeri Asisten Komisioner (ACP), P.R Gunarajan dalam majlis ringkas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Mazlan yang bertugas di Pulau Pinang sejak 1 Ogos 2012 berpindah ke Urusetia Ketua Polis Negara (pentadbiran) Bukit Aman.

Gunarajan akan memangku jawatan itu sehingga pengganti Mazlan ditentukan kelak.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk A.Thaiveegan.

Ketika berucap, Mazlan berkata beliau berterima kasih atas bantuan, kerjasama dan sokongan semua pegawai dan anggota polis di kontinjen Pulau Pinang sepanjang berkhidmat di negeri ini.

“Saya berharap kerjasama itu akan diteruskan dan segala teguran yang membina akan memastikan tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan cemerlang pada masa akan datang,” katanya. – Bernama

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");