Perak Hari Ini

Bas, Lori Bertembung , Seorang Cedera

TAIPING: Seorang pemandu bas cedera akibat terlibat dalam satu kemalangan di Hentian Rehat dan Rawat Bukit Gantang Arah Utara petang tadi.

Kemalangan yang melibatkan sebuah bas dan sebuah lori mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Sumber melaporkan, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping telah menerima panggilan kecemasan daripas orang awam kira-kira jam 4.39 petang tadi.

“Anggota bomba yang diketuai oleh PBK II, Rohaimi Basirun telah mengeluarkan mangsa tanpa menggunakan sebarang peralatan.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulan untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

Menurut sumber lagi, BBP Taiping turut mendapat bantuan daripada BBP Kuala Kangsar bagi operasi tersebut.

Bomba mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menyelamatkan mangsa berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");