Berita Hari Ini

Kumpulan AEON didenda RM140,000

Melaka: Dua syarikat subsidiari Kumpulan AEON didenda RM140,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi, selepas didapati bersalah mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Amran Jantan terhadap tertuduh selepas dua wakil syarikat terbabit mengaku bersalah atas kesemua lima pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh iaitu Aeon Fantasy (M) Sdn Bhd pada 14 Februari 2015 didapati gagal mematuhi arahan Penolong Pegawai melalui notis yang dikeluarkan mengikut Seksyen 21(2) AKHAP supaya melengkapkan dokumen diminta dalam tempoh ditetapkan iaitu sebelum 13 Februari lalu.

Bagi kesalahan ini, syarikat terbabit diarah membayar denda RM30,000.

Manakala bagi empat pertuduhan lagi, tertuduh iaitu Aeon Co melalui kedai bakeri La Boheme, didapati melakukan kesalahan menaikkan harga empat jenis roti pada harga tidak munasabah yang bertujuan menaikkan margin keuntungan dan didakwa mengikut Seksyen 14(1) AKHAP 2011.

Semua kesalahan itu dilakukan di Aeon Jalan Tun Abdul Razak, Melaka.

Bagi pertuduhan pertama hingga empat, Amran memerintahkan tertuduh membayar denda RM20,000; RM25,000; RM30,000 dan RM30,000.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");